Thursday, 27 September 2012

BENGKEL PENULISAN MEKANIS

Dihasilkan oleh

Nama                             :     Thilagawathi a/p Vello
No. Kad Pengenalan :       830729-02-5986


quill pen writing in book animation
Sila klik di sini untuk nota

Saturday, 22 September 2012

LITERASI BAHASA

Bab 14: Bengkel Membuat Rakaman Bunyi-bunyi Dengan Menggunakan Alat Perakam


Dihasilkan oleh :

Nama                     : Kaliammah a/p Ayer
No.Kad Pengenalan : 811018065128



Sila klik di sini untuk mendapatkan nota

                   

Thursday, 20 September 2012

DIHASILKAN OLEH: AHMAD KAMAL B ABDUL WAHAB PSV PPG KOHORT 2 AMBILAN FEB 2012 SEM 2 MEI 1. Pendahuluan Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia persekolahan kepada seseorang kanak-kanak. Pengalaman prarsekolahan dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan mereka dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat. Program pendidikan prasekolah hendaklah sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak supaya dapat merangsang pemikiran, membina sikap positif dan akhlak yang baik, meningkatkan kecergasan dan kesihatan ke arah penyuburan potensi yang optimum. Oleh itu, kurikulum pendidikan prasekolah memberi fokus kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Pendekatan pembelajaran yang fleksibel dan suasana pembelajaran yang selesa, selamat dan ceria dapat menggalakkan naluri ingin tahu, perasaan suka meneroka dan menjelajak serta memberi pengalaman baru kepada kanak-kanak. 2. Peranan Tulisan Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi. Antara peranan tulisan ialah ; i. Untuk mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu dapat melahirkan idea, fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan cekap. ii. Untuk membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi sukukata, perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi dalam kelompok masyarakat. iii. Untuk membolehkan kanak-kanak berkemahiran dalam satu lagi komponen bahasa dan meluaskan pengetahuan, perhubungan serta matlamat hidup. iv. Untuk menyediakan, menyemai, mengasah serta mengukuhkan minat serta bakat kanak-kanak sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden (kerana membaca, menulis dan mengira adalah sebahagian daripada asas utama keperluan hidup masa kini). v. Untuk menghasilkan bentuk-bentuk penulisan kreatif seperti pantun, syair, sajak lain-lain bentuk puisi dan prosa yang dapat memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, perasaan bukan sahaja diri kanak-kanak itu sendiri, bahkan juga seluruh insan umumnya. 3. PERINGKAT-PERINGKAT PENGAJARAN MENULIS 3.1 PRATULISAN Peringkat pengajaran menulis terbahagi kepada tiga iaitu peringkat pratulisan, peringkat mekanis dan peringkat untuk pelahiran. Peringkat pertama iaitu pratulisan adalah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini latihan otot-otot, tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberi kepada murid-murid dari awal-awal lagi. Bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran membentuk lambang-lambang yang kemas dan jelas, pelajaran tulisan yang dirancangkan haruslah sistematik, bertitik-tolak daripada aktiviti-aktiviti pratulisan yang berbentuk bebas. Latihan-latihan pratulisan menitikberatkan beberapa perkara seperti melakukan latihan-latihan pergerakan tangan terebih dahulu seperti mengerakkan jari diatas garisan atau corak yang dilakarkan di atas kertas supaya murid-murid dapat menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna. Latihan seperti membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas pasir, di atas rumput tanpa mengunakan alat tulis seperti melukis bulatan besar dan kecil juga boleh dilakukan. Di samping itu murid-murid boleh melakukan latihan pergerakan jari dengan memainkan jari, menekan jari, mengoyangkan tangan, meramas-ramas jari dan sebagainya. Setelah mahir aktiviti tersebut murid-murid boleh melakukan latihan-latihan pergerakan mata dan seterusnya melakukan latihan-latihan yang melbatkan koordinasi tangan dan mata. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan, latihan membentuk garisan lurus, latihan mewarnakan rajah berbentuk mudah dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri dan seterusnya membentuk corak-corak gabungan antara bulatan dan garis lurus secara bebas. 3.2 Peringkat Tulisan Mekanis Setelah murid-murid menjalankan latihan pratulisan, faham dan tahu memegang pensel serta boleh duduk dengan cara yang betul, mereka boleh dilatih membentuk lambang-lambang tulisan. Pada peringkat awal, dicadangkan murid membentuk huruf di atas kertas kosong yang tidak mempunyai sebarang garisan. Setelah didapati memuaskan barulah dilatih membentuk huruf pada halaman yang bergaris. Apabila murid mula membentuk huruf-huruf pada kertas bergaris, kawalan tulisan perlu dilakukan. Ia harus bermula daripada garisan lebar hingga kepada lembaran satu garis. Di bawah latihan menulis terkawal dari mula hingga ke lembaran satu garis itu. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan adalah seperti latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan terkawal, latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua, latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu dan latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul untuk mendapat keseragaman cara menulis bagi menghasilkan tulisan yang seragam. Semasa menyampaikan kemahiran tersebut guru haruslah memberi perhatian kepada beberapa perkara iaitu kanak-kanak harus diperkenalkan kepada lambang-lambang huruf dengan menggunakan gambar. Sebelum melatih menulis, baik juga diberi latihan bebas untuk membetulkan urat-urat daging kanak-kanak. Selain itu guru haruslah memberi perhatian kepada kanak untuk menulis dengan mengeja dan menyebut nama-nama huruf. Latihan juga dilakukan dengan menggunakan kertas yang dimulakan dengan tidak bergaris dan selepas itu barulah menggunakan buku yang bergaris. Seterusnya apabila kanak-kanak dapat menggunakan alat-alat dengan baik , barulah dilatih menggunakan buku dan alat-alat lain yang sesuai. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti menekap dan barulah menulis mengikut urutan yang ditetapkan. Kemudian murid-murid disuruh memadan dan menyalin dua suku kata supaya menjadi perkataan yang bermakna. Seterusnya menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan. Latihan ini diteruskan dengan menyalin perkataan yang mudah dan menyalin ayat-ayat yang mudah dan sebagainya. 3.3 Peringkat Menulis untuk Pelahiran Setelah menguasai menulis mekanis, murid-murid patut digalakkan melahirkan fikiran mereka secara bertulis. Cara-cara yang dicadangkan ialah bermula daripada yang terkawal iaitu berpandukan gambar-gambar dan perkataan, mengisi tempat kosong, melengkapkan ayat-ayat dengan perenggan sehingga murid-murid itu boleh menghasilkan tulisan tanpa panduan. Di antara aktiviti aktivit-aktiviti menulis yang boleh dijalankan adalah seperti mengisi silang kata, mengisi tempat kosong dalam ayat, melengkapkan ayat dengan menambah rangkai kata yang sesuai, menulis ayat yang lengkap dengan perkataan yang diberi. Selain itu aktiviti seperti memanjangkan ayat dengan menambahkan rangkaikata yang sesuai juga boleh dilakukan. Seterusnya adalah aktiviti seperti membentuk ayat-ayat bagi menyudahkan cerita, menulis ayat berdasarkan gambar yang disediakan, menulis jawapan-jawapn kefahaman, menulis rencana daripada bahan yang diperlihatkan dan menulis karangan daripada tajuk yang disediakan. Pelbagai aktiviti yang dapat dijalankan supaya murid-murid dapat menguasai kemahiran menulis 4. Konsep Menulis Kanak-kanak membina konsep menulis menerusi lakaran. Menerusi lakaran kanak-kanak memperhalusi dan meluaskan konsep dengan membuat percubaan penulisan. Mereka akan melukis, menuris, meniru dan mencipta rupa bentuk tanda dan huruf mengikut caranya sendiri. Kesedaran menulis biasanya terbina berdasarkan urutan berikut: 1. Kanak-kanak menyedari orang dewasa membuat tanda menggunakan alat tulis. 2. Kanak-kanak menyedari penulisan dalam buku dan di papan tanda - nama jalan, label makanan, buku dan sebagainya. 3. Kanak-kanak sedar akan sesuatu tanda boleh dikenalpasti membina namanya. 4. Kanak-kanak belajar nama sesuatu tanda - selalunya huruf pertama pada namanya. Wiedorholt, Hammil dan Brown (1983) mencadangkan guru-guru sekolah rendah memperuntukkan 10 hingga 15 minit setiap hari untuk mengajar tulisan tangan (mekanis). Bagi masalah menulis bentuk huruf yang tidak betul dan berbentuk huruf senget, guru hendaklah meletakkan kertas lurus sebagai anduan untuk murid menulis 5. Tujuan Kemahiran Menulis 6. Peringkat-Peringkat Pratulisan i. Tempoh masa disediakan dengan aktiviti menulis sebelum kanak-kanak dapat meneroka huruf-huruf dengan kemas dan betul. ii. Aktiviti merangkumi latihan ringan dan asas otot-otot seprti tangan, jari selain koordonasi mata dan tangan perlu diajar kepada kanak-kanak dari awal untuk kuasai kemahiran psikomotor ini. iii. Hendaklah merancang dengan sistematik dan berstruktur bermula dengan aktiviti pramenulis bebas. Latihan seperti berikut perlu dititikberatkan seperti : - Melakukan latihan pergerakan tangan - menguasai gerak tangan bebas - latihan pergerakan mata - koordinasi tangan dan mata 7. Aktiviti-aktiviti Pratulisan Kebanyakan murid yang memasuki sekolah rendah telah pun menerima pendidikan prasekolah di rumah, TASKI atau TADIKA. Mereka telah pun didedahkan kepada asas-asas kemahiran menulis dan membaca. Namun begitu, bagi peringkat permulaan di sekolah rendah, guru patut memberikan kemahiran pratulisan kepada murid. Latihan pergerakan tangan dan mata, memilih dan memadan objek mengikut bentuk, ukuran dan warna, melukis serta mewarna patut dilakukan. Latihan seumpama ini dapat membantu murid menguasai kordinasi antara tangan dan mata, dan seterusnya akan menyediakan seseorang murid itu untuk menulis. 7.1. Latihan bagi tangan Murid dikehendaki: i. Menggenggam dan membuka tangan. Hendaklah dilakukan beberapa kali. ii. Menggenggam dan menghancurkan atau meronyokkan sehelai daun atau kertas. iii. Menggenggam dan merasa beg yang berisi kekacang. iv. Menggenggam dan merasa bola. v. Memegang benda-benda seperti pensel atau pembaris. Guru menunjukkan cara memegang yang betul. vi. Melukis bentuk-bentuk bebas menggunakan jari di udara. vii. Melukis bentuk-bentuk di dalam bekas yang mengandungi pasir atau tanah. viii. Memasang butang baju, menanggalkan dan memasang semula. ix. Membuka tali kasut dan mengikat semula 7.2. Latihan bagi mata Murid dikehendaki: i. Menutup kedua-dua mata dengan tangan, membuka mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru. ii. Menutup sebelah mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru. Lakukan latihan yang sama pada mata yang sebelah lagi. iii. Melihat sesuatu benda yang dipegang oleh guru dan dibawa dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri. iv. Menyebutkan nama benda-benda kecil yang dipegang oleh guru seperti getah pemadam, pengasah pensel, mancis, dan seterusnya benda-benda sederhana besar dan benda-benda yang besar. v. Menyebutkan warna benda atau alat yang ditunjukkan oleh guru. vi. Menyebut bentuk blok-blok geometri yang diperbuat daripada kadbod atau plastik sama ada segi empat, segi tiga, bulat, separuh bulat, bujur dan sebagainya 7.3. Latihan bagi kordinasi mata dan tangan: Murid dikehendaki: i. Menyusun benda mengikut golongan bagi benda yang sama bentuk, warna atau ukuran. ii. Menyusun gambar-gambar yang diselaraskan mengikut urutan. iii. Mencantum bahagian-bahagian gambar yang terpotong, misalnya jigsaw puzzle. iv. Melambung dan menangkap bola sama ada di tempat berdiri secara individu atau dengan bergerak di padang bersama pasangan, v. Mewarnakan gambar yang diberikan oleh guru. vi. Mencantum titik atau sempang untuk membentuk huruf atau gambar. vii. Mencantum arah jalan atau aliran sungai. viii. Memadankan gambar bagi benda-benda yang serupa. ix. Memilih gambar yang berlainan dalam satu set. x. Mencari lima perbezaan pada sekeping gambar yang seakan-akan sama dengan gambar asal. xi. Mencari lima benda yang tersembunyi dalam sebuah lukisan. xii. Membuat garisan lurus dari atas ke bawah atau sebaliknya Aktiviti pratulisan 7.4 Contoh-contoh aktiviti pratulisan : i. Latihan melukis bentuk asas di atas pasir (a) Pandu murid menggunakan jari telunjuk. (b) Lakukan secara perlahan-lahan dan serentak. (c) Sebut nama bentuk semasa melukis di pasir. (d) Latihan secara berulang-ulang. (e) Gunakan dulang jika dilaksanakan dalam bilik darjah ii. Latihan melukis bentuk asas di udara (a) Pastikan posisi guru dan murid betul. (b) Pandu murid menggunakan jari telunjuk. (c) Lakukan secara perlahan-lahan dan serentak. (d) Sebut nama bentuk semasa melukis di udara. (e) Lakukan secara berulang-ulang iii. Latihan melukis di dalam air (a) Boleh menggunakan bekas air seperti baldi dan lain-lain. (b) Pandu murid menggunakan jari telunjuk. (c) Lakukan secara perlahan-lahan dan serentak. (d) Sebut nama bentuk semasa melukis. (e) Latihan berulang-ulang untuk pengukuhan iv. Latihan koordinasi mata dan tangan v. Aktiviti menampal, menyambung titik dan sebagainya 8. Masalah Tulisan di Kalangan Kanak-Kanak i. Perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan lain. ii. Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong. iii. Tiada keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau di antara perkataan dengan perkataan iv. Bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas / tepat / betul. v. Menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan, vi. Mencampur adukkan huruf besar dengan huruf kecil. vii. Masalah pembalikan huruf atau perkataan. viii. Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan) yang sepatutnya. ix. Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan. x. Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang ditentukan. xi. Menulis huruf-huruf di dalam perkataan secara bertindih. xii. Mengulang garis-garis huruf yang ditulis. xiii. Menulis mengikut arah dari kanan ke kiri. xiv. Menulis huruf atau perkataan mengikut urutan yang salah. xv. Menulis atau menyalin ayat tanpa mengikut tertib yang betul. 9. Cara-cara mengatasi masalah tulisan i. Memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-peringkat permulaan dan mendirikan asas. ii. Memberikan penerangan, tunjuk cara serta contoh-contoh yang jelas dan betul, sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah. iii. Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid- murid. Tulisan dan cara- cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat dengan teliti dan betul. iv. Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan dengan sempurna. v. Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan individu. Pertimbangan harus dibuat bagi menentukan ketika sesuai seseorang kanak-kanak itu tidak digalakkan lagi untuk menggunakan getah pemadam. Kesimpulan Pratulisan merujuk kepadaa latihan-latihan yang dilakukan pergerakan tangan. Pergerakan ini member gerakan yang bebas supaya kanak- kanak dapat menguasai pergerakan untuk menulis dengan lebih selesa, baik dan sempurna. Selain itu, kanak0kanak juga dapat melakukan latihan-latihan pergerakan mata serta aktiviti kordinasi mata dan tangan. Kelangsungan ini adalah kearah untuk kanak-kanak menakul ka aras tulisan yang lebih konkrik dan bermakna. Menurut Golden (1984; 4), kanak-kanak pada umur tiga tahun telah berupaya untuk mengenalpasti perbezaan antara contengan untuk tulisan dan lakaran. Pandangan beliau menjelaskan bahawa kanak- kanak telah terdedah dengan pengalaman tulisan (print) dan bacaan pada awal peringkat perkembangannya. Peranan orang dewasa untuk memupuk minat ke atas tulisan dan bacaan boleh bermula ketika kanak-kanak berumur tiga tahun Objektif utama penguasaan kemahiran menulis mekanis atau tulisan tangan ialah supaya mudah dibaca. Pengajaran guru harus berfokus kepada memegang alat tulis, membentuk garisan dan lengkokan huruf dengan betul serta mengekalkan jarak dan bentuk huruf dengan sempurna. Apabila kanak-kanak telah menguasai semua kemahiran pra tulisan ini, mereka bersedia untuk ke tahap tulisan yang lebih komplek dan bermakna lagi dalam kemahiran pra tulisan ini. Lampiran Rujukan Atan Long, (1981) Pedagogi – Kaedah Am Mengajar. Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka Hj Daud Mohd Saman,(2011) Literasi Bahasa. IPGM. Kuala Lumpur. Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.(2006). Program Intervensi Awal Membacadan Menulis (KIA2M) http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/05/31-pratulisan.html http://www.slideshare.net/prabagaranr/notaprabacaantulisan http://www.scribd.com/doc/37957921/Konsep-literasi-bahasa http://www.slideshare.net/izyanmardhiahhalmi/kemahiran-menulis-murid- prasekolah-presentation http://teachinginmalaysia.blogspot.com/2011/02/aktiviti-prabacaan.html http://notakuliahpismp.blogspot.com/2011/11/pengajaran-pratulisan.html

PRATULISAN

Monday, 17 September 2012

Sunday, 2 September 2012

LITERASI BAHASA



Tajuk 1

Melaksanakan aktiviti prabacaan.
  • Melaksanakan aktiviti pengamatan penglihatan
  • Melaksanakan aktiviti pengamatan pendengaran
  • Melaksanakan aktiviti pergerakan tangan dan mata


Aktiviti Prabacaan
AKTIVITI PRA BACAAN
                Aktiviti pra bacaan merujuk kepada aktiviti yang dijalankan untuk tujuan memberikan asas kepada kanak-kanak sebelum mereka boleh membaca. Walaupun kemahiran-kemahiran pra bacaan dapat dipelajari secara semulajadi di rumah atau di prasekolah, kemahiran ini adalah penting dalam perkembangaan kemahiran membaca kanak-kanak.
Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca. Pada peringkat awalnya, kesediaan membaca ditakrifkan sebagai satu peringkat bagi menyediakan kanak-kanak untuk bacaan awal atau bacaan asas. Pada tahap ini,murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Konsep kesediaan membaca bukan sahaja meliputi pengajaran kemahiran-kemahiran sebelum bacaan, tetapi juga merangkumi setiap kemahiran sebelum kemahiran membaca secara khusus dan berterusan.
Syed Abu Bakar (1994) mengkategorikan aktiviti kesediaan membaca kepada dua, iaitu peringkat prabacaan dan peringkat bacaan. Peringkat prabacaan meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan peglihatan, aktviti koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan, dan latihan bahasa pertuturan. Peringkat bacaan pula meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat.
Menurut Ismail Zakaria, Salmah Othman dan Elly, Chong (1992) pula,tahap prabacaan merupakan satu tempoh menyediakan murid untuk membaca. Dengan kata lain, makna istilah tahap prabacaan dan kesediaan membaca adalah sama. Pada tahap ini, murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran .
Secara ringkasnya kemahiran-kemahiran ini dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu
1.    pengamatan penglihatan
2.    pendengaran
3.    pergerakan mata & tangan.




















  • Melaksanakan aktiviti pengamatan penglihatan
Terdapat empat belas komponen dalam pengamatan penglihatan dan setiap satu komponen mempunyai aktiviti serta tujuannya yang tersendiri. Komponen-komponen itu ialah diskriminasi  penglihatan atau ‘visual’, ingat kembali, orientasi kedudukan, turutan, menyudahkan atau melengkapkan, menyalin, rajah dan latar bertindih, koordinasi mata dan tangan, pertalian jarak (ruang), ketetapan bentuk/kedudukan dalam rajah, gambar bersiri, pembalikan, mencari jalan keluar, dan benda tersembunyi. Di sini diberikan beberapa  contoh bahan yang boleh digunakan guru di dalam bilik darjah. Antaranya ialah:
a)    Diskriminasi penglihatan
Komponen ini juga dikenali sebagai ‘visual’, merangkumi keupayaan murid untuk melihat dan mengamati persamaan dan perbezaan sesuatu objek, bentuk geometri, gambar, huruf dan perkataan. Ada dua tujuan, iaitu membolehkan murid membezakan perkataan, huruf, nombor dan perkataan yang hamper sama manakala tujuan kedua untuk melatih murid mencari cirri-ciri persamaan yang terdapat pada objek, huruf, nombor, corak dan sebagainya.
i)             Aktiviti diskriminasi yang sama
  Contoh 1
Arahan: Bulatkan gambar yang sama.

   


Contoh 2
      Arahan: Bulatkan bentuk yang sama



ii)            Aktiviti diskriminasi yang tidak sama
  Contoh 1
  Arahan: Tandakan ( X ) jenis yang tidak sama



 







Contoh 2
  Arahan: Bulatkan yang ganjil








b)   Ingat kembali
Aktiviti ini bertujuan melatih murid-murid supaya dapat mengingat kembali apa juga yang diamati. Ada dua cara untuk menjalankan aktiviti ini, iaitu menggunakan himpunan bahan maujud yang ditutup dengan kain, manakala kedua menerusi gambar. Kedua-dua ini sesuai untuk menguji murid secara individu.
Bagi aktiviti menghimpunkan bahan maujud, guru meminta murid mengumpul bahan maujud sebanyak mungkin di atas meja. Sebaik-baiknya gunakan bahan maujud bersaiz kecil yang terdapat dipersekitaran murid. Kemudian seorang murid dijemput untuk meneliti semua bahan berkenaan sebelum ditutup menggunakan kain atau kertas yang sukar dilihat. Guru meminta murid menyebutkan kembali bahan maujud yang dilihat dan tugas guru mencatatkan markah yang diperoleh. Untuk itu satu senarai semak dan skor pencapaian murid diperlukan untuk tujuan semakan.
 




   Cara kedua menerusi kad imbasan. Guru perlu menunjukkan kepada murid kad imbasan yang mengandungi gambar pelbagai jenis bentuk geometri dengan saiz, warna dan rupa yang berbeza dalam tempoh yang singkat. Kemudian murid diminta menunjukkan kepada guru gambar yang sepadan dengan bentuk yang ada pada kad imbasan tadi.
Ujilah dengan bilangan gangguan pengamatan yang sedikit dahulu kemudian berperingkat jumlahnya. Mereka bukan sahaja diuji dari segi rupa tetapi juga pengamatan dari segi warna dan saiz.
Contoh
Arahan: Lihat dan ingat bentuk ini.
                
 
c)    Rajah dan latar bertindih
Aktiviti ini menguji kebolehan murid mengesan dan menentukan jenis imej seperti bentuk, huruf atau nombor dari latar belakang sesuatu rajah. Kemudian murid diminta melukis bentuk yang ada pada sehelai kertas putih.
Contoh     
Arahan: Lihat dan lukis bentuk

                             

                            Aktiviti mengesan imej


d)   Benda tersembunyi
Aktiviti ini menguji kebolehan murid untuk menyelesaikan masalah secara abstrak. Berbantukan sekeping gambar, murid-murid dikehendaki mengesan semua objek yang tersembunyi pada gambar berkenaan.
Contoh
Arahan: Cari objek tersembunyi ( pensel, topi, baldi, huruf S dan kasut )

 

























  • Melaksanakan aktiviti pengamatan pendengaran

Pengamatan jenis ini mempunyai enam komponen, iaitu diskriminasi pendengaran, penerimaan pendengaran, perkaitan pendengaran, ingatan pendengaran, melengkapklan pendenagran dan pencantuman bunyi.
a)    Diskriminasi pendengaran
Tujuan aktiviti adalah melihat keupayaan murid-murid untuk mengenali dan mengamati persamaan dan perbezaan bunyi atau perkataan yang telah didengar. Untuk melaksanakan aktiviti ini, guru boleh menggunakan pita rakaman dan kad gambar sebagai bahan bantu mengajar.
Contoh aktiviti diskriminasi yang sama
Guru memperdengarkan pita rakaman yang mengandungi bunyi kucing jantan, kucing betina dan anak kucing.
Contoh
Arahan: Padankan bunyi kucing ini


 







                        Aktiviti diskriminasi pendengaran yang sama







Contoh aktiviti diskriminasi yang berbeza
Guru meminta murid membunyikan haiwan yang ditunjukkan pada kad gambar yang diberi
Contoh
Arahan: Bunyikan semua haiwan berikut
   
 










                       Aktiviti diskriminasi pendengaran yang berbeza

b)   Penerimaan pendengaran
Aktiviti ini bertujuan melihat keupayaan murid-murid, memperoleh atau mendapat makna daripada apa yang telah didenagar atau secara lisan. Contoh aktiviti adalah meneka bunyi yang didengar secara langsung dengan pandangan mata yang terhad atau mata ditutup. Aktiviti ini memerlukan murid mendengar dengan teliti, fokus dan berfikir dalam tempoh masa yang singkat sebelum membuat keputusan. Antara bunyi yang boleh diwujudkan untuk tujuan ini adalah bunyi duit syiling jatuh ke lantai, bunyi ketukan meja, ketukan tin dan botol.

c)    Perkaitan pendengaran
Aktiviti memberikan peluang kepada murid-murid untuk mengaitkan beberapa konsep tertentu yang disampaikan secara lisan. Contoh aktiviti ialah murid melakonkan watak emosi sedih dan gembira manakala rakan-rakan mereka yang lain diminta menceritakan gambaran emosi yang dilakonkan.

d)   Ingatan pendengaran
Aktiviti ini membolehkan murid-murid mengingati apa jua yang telah didengar, kemudian mengulaginya. Contoh aktiviti ialah permainan surat beratai di mana perlukan kerjasama setiap ahli kumpulan. Orang pertama akan membaca mesej asal yang diberikan guru secara bertulis. Kemudian orang yang pertama tadi akan menyampaikan mesej secara lisan kepada orang yang kedua, manakla oranga yang kedua akan menyampaikannya kepada orang ketiga dan begitulah seterusnya. Orang yang terakhir akan menulis semula mesej yang diterima sebelum menyerahkan kepada guru. Tugas guru menyemak dan membandingkan mesej yang diterima dengan mesej asal.

e)    Melengkapkan pendengaran
Juga dikenali sebagai ’Auditory Closure’  yang memberikan peluang kepada murid-murid untuk mengenali dan menggunkan unit-unit biasa dalam pengalaman pendengaran apabila sebahagian sahaja unit-unit itu didengar secara lisan. Contoh aktiviti ialah melengkapkan pantun dua kerat, melengkapkan lirik lagu atau melengkapkan dialog oleh watak-watak terkenal dalam drama Melayu.

f)     Percantuman bunyi atau perkataan
Aktiviti ini memerlukan murid mencantumkan bunyi-bunyi yang didengar secara terasing, menjadi susunan perkataan atau mencantumkan perkataan menjadi beberapa baris ayat yang lengkap. Antaranya aktiviti bercerita spontan di mana juruacara akan menyebutkan perkataan di awal, di tengah dan di akhir cerita. Untuk mengelakkan jalan cerita terpesong jauh, tema cerita diberikan sebelum acara bermula. Contohnya ’Pada suatu malam yang hening’ (ayat awal), ’terkejut apabila tiba-tiba seekor kerbau melintas jalan’ (ayat tengah), dan ’rupa-rupanya aku bermimpi di siang hari’ (ayat akhir).






  • Melaksanakan aktiviti pergerakan tangan dan mata

Aktiviti pergerakan tangan dan mata penting dalam pengamatan. Aktiviti ini bertujuan membantu murid-murid menguasai kemahiran asas menggerakan tangan secara kemas, berpandu dan bersistematik. Ada empat kemahiran yang ditekankan dalam melaksanakan aktiviti yang melibatkan pergerakan tangan dan mata iaitu;
a)    Melakukan latihan pergerakan tangan.
b)   Menguasai gerak tangan secara bebas supaya boleh menulis dengan selesa.
c)    Melakukan latihan pergerakan mata.
d)   Melakukan latihan kordinasi tangan dan mata
     Terdapat dua jenis aktiviti yang telah dikenal pasti dan sesuai untuk tujuan ini,   
    iaitu menyambung titik dan aktiviti menyalin corak.

a)    Menyambung titik
Aktiviti ini dilaksanakan dengan meminta murid-murid melukis garisan dengan menggunakan pensel warna antara titik-titik pada gambar mengikut urutan abjad yang disediakan. Jika murid berjaya melukis garisan tersebut mengikut susunan yang betul, maka hasilnya akan terbentuk satu gambar atau objek yang sempurna binaannya. Tetapi jika murid gagal melaksanakannya, gambar atau objek tersebut akan cacat dan tidak menarik.
Guru perlu melaksanakan aktiviti ini secara berperingkat demi peringkat, iaitu dimulakan dengan gambar yang mempunyai bilangan titik sedikit, kemudian gambar yang mempunyai titik sederhana banyak hinggalah peringkat yang sukar dan rumit. Melalui cara ini murid-murid berpeluang menikmati keseronokan serta cabaran membuat aktiviti di samping mengalami aktiviti yang pelbagai aras kesukarannya. Secara tidak langsung akan berlakulah latihan kordinasi tangan dan mata.
Contoh aktiviti ditunjukkan dalam rajah berikut.

 

b)   Menyalin corak
Corak merupakan susunan motif (idea rekaan) sama ada secara teratur,terancang atau secara bebas. Terbahagi kepada dua jenis, iaitu corak terancang dan corak tidak terancang. Motof corak pula terdiri daripada motif flora, fauna, geometrical dan organik.
Aktiviti menyalin corak ialah murid-murid meniru corak yang ditunjukkan oleh guru kepada mereka sama ada secara pandang-lihat kemudian lukis atau secara berpandu, iaitu menggunkan kaedah tekap dengan menggunakan kertas karbon atau kertas surih. Guru juga perlu menjalankan aktiviti ini secara peringkat demi peringkat, iaitu dimulakan dengan corak yang mudah kemudian diikuti corak yang sukar. Tujuan supaya murid-murid dapat melalui tahap kesukaran yang pelbagai. Pada waktu yang sama guru perlu membimbing kerja murid supaya proses menyalin corak berlaku dengan cermat dan kemas. Ini penting supaya proses kordinasi tangan dan mata berlaku secara teratur dan bersistematik.
Contoh aktiviti ditunjukan dalam rajah berikut.

 



       Menyalin corak yang mudah.          Menyalin corak yang rumit




HALIMAHTUN SAADIAH BT MOHD RADZI
PPG PSV AMBILAN FEBRUARI 2012
IPGKTB PULAU PINANG






Rujukan

1.    Buku - Literasi Bahasa Melayu: Khairuddin Mohamad
2.    Buku – Literasi Bahasa: Hj. Daud Md Saman
                                          Muhaiyuddin Mohamed Azizi
3.    ipgktarpengajiansosial.blogspot.com/2011/06aktiviti-pra-bacaan.html