Tajuk 1
Melaksanakan
aktiviti prabacaan.
- Melaksanakan aktiviti pengamatan penglihatan
- Melaksanakan aktiviti pengamatan pendengaran
- Melaksanakan aktiviti pergerakan tangan dan mata
Aktiviti
Prabacaan
AKTIVITI PRA BACAAN
Aktiviti pra bacaan merujuk kepada aktiviti yang dijalankan untuk tujuan
memberikan asas kepada kanak-kanak sebelum mereka boleh membaca. Walaupun
kemahiran-kemahiran pra bacaan dapat dipelajari secara semulajadi di rumah atau
di prasekolah, kemahiran ini adalah penting dalam perkembangaan kemahiran
membaca kanak-kanak.
Prabacaan
merupakan kesediaan murid untuk membaca. Pada peringkat awalnya, kesediaan
membaca ditakrifkan sebagai satu peringkat bagi menyediakan kanak-kanak untuk
bacaan awal atau bacaan asas. Pada tahap ini,murid didedahkan kepada
aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman
penglihatan dan pendengaran. Konsep kesediaan membaca bukan sahaja meliputi
pengajaran kemahiran-kemahiran sebelum bacaan, tetapi juga merangkumi setiap
kemahiran sebelum kemahiran membaca secara khusus dan berterusan.
Syed Abu Bakar
(1994) mengkategorikan aktiviti kesediaan membaca kepada dua, iaitu peringkat
prabacaan dan peringkat bacaan. Peringkat prabacaan meliputi kemahiran
pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan peglihatan, aktviti koordinasi
psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan, dan latihan bahasa pertuturan.
Peringkat bacaan pula meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat.
Menurut Ismail
Zakaria, Salmah Othman dan Elly, Chong (1992) pula,tahap prabacaan merupakan
satu tempoh menyediakan murid untuk membaca. Dengan kata lain, makna istilah
tahap prabacaan dan kesediaan membaca adalah sama. Pada tahap ini, murid
didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan
ketajaman penglihatan dan pendengaran .
Secara
ringkasnya kemahiran-kemahiran ini dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu
1. pengamatan penglihatan
2. pendengaran
3. pergerakan mata & tangan.
- Melaksanakan aktiviti pengamatan penglihatan
Terdapat empat belas komponen dalam pengamatan penglihatan dan setiap
satu komponen mempunyai aktiviti serta tujuannya yang tersendiri. Komponen-komponen
itu ialah diskriminasi penglihatan atau
‘visual’, ingat kembali, orientasi kedudukan, turutan, menyudahkan atau
melengkapkan, menyalin, rajah dan latar bertindih, koordinasi mata dan tangan,
pertalian jarak (ruang), ketetapan bentuk/kedudukan dalam rajah, gambar
bersiri, pembalikan, mencari jalan keluar, dan benda tersembunyi. Di sini diberikan
beberapa contoh bahan yang boleh digunakan
guru di dalam bilik darjah. Antaranya ialah:
a)
Diskriminasi penglihatan
Komponen
ini juga dikenali sebagai ‘visual’, merangkumi keupayaan murid untuk melihat
dan mengamati persamaan dan perbezaan sesuatu objek, bentuk geometri, gambar,
huruf dan perkataan. Ada
dua tujuan, iaitu membolehkan murid membezakan perkataan, huruf, nombor dan
perkataan yang hamper sama manakala tujuan kedua untuk melatih murid mencari
cirri-ciri persamaan yang terdapat pada objek, huruf, nombor, corak dan
sebagainya.
i)
Aktiviti
diskriminasi yang sama
Contoh 1
Arahan:
Bulatkan gambar yang sama.
Contoh 2
Arahan: Bulatkan bentuk yang sama
ii)
Aktiviti diskriminasi yang tidak sama
Contoh 1
Arahan: Tandakan ( X )
jenis yang tidak sama
Contoh 2
Arahan: Bulatkan yang ganjil
b)
Ingat kembali
Aktiviti ini bertujuan melatih murid-murid supaya
dapat mengingat kembali apa juga yang diamati. Ada dua cara untuk menjalankan
aktiviti ini, iaitu menggunakan himpunan bahan maujud yang ditutup dengan kain,
manakala kedua menerusi gambar. Kedua-dua ini sesuai untuk menguji murid secara
individu.
Bagi aktiviti menghimpunkan bahan maujud, guru
meminta murid mengumpul bahan maujud sebanyak mungkin di atas meja.
Sebaik-baiknya gunakan bahan maujud bersaiz kecil yang terdapat dipersekitaran
murid. Kemudian seorang murid dijemput untuk meneliti semua bahan berkenaan
sebelum ditutup menggunakan kain atau kertas yang sukar dilihat. Guru meminta
murid menyebutkan kembali bahan maujud yang dilihat dan tugas guru mencatatkan
markah yang diperoleh. Untuk itu satu senarai semak dan skor pencapaian murid
diperlukan untuk tujuan semakan.
Cara kedua menerusi kad imbasan. Guru perlu
menunjukkan kepada murid kad imbasan yang mengandungi gambar pelbagai jenis
bentuk geometri dengan saiz, warna dan rupa yang berbeza dalam tempoh yang
singkat. Kemudian murid diminta menunjukkan kepada guru gambar yang sepadan
dengan bentuk yang ada pada kad imbasan tadi.
Ujilah dengan
bilangan gangguan pengamatan yang sedikit dahulu kemudian berperingkat
jumlahnya. Mereka bukan sahaja diuji dari segi rupa tetapi juga pengamatan dari
segi warna dan saiz.
Contoh
Arahan: Lihat
dan ingat bentuk ini.

c)
Rajah dan latar bertindih
Aktiviti ini menguji kebolehan murid mengesan dan
menentukan jenis imej seperti bentuk, huruf atau nombor dari latar belakang
sesuatu rajah. Kemudian murid diminta melukis bentuk yang ada pada sehelai
kertas putih.
Contoh
Arahan: Lihat dan lukis bentuk
Aktiviti mengesan
imej
d)
Benda tersembunyi
Aktiviti ini menguji kebolehan murid untuk
menyelesaikan masalah secara abstrak. Berbantukan sekeping gambar, murid-murid
dikehendaki mengesan semua objek yang tersembunyi pada gambar berkenaan.
Contoh
Arahan: Cari objek tersembunyi ( pensel, topi,
baldi, huruf S dan kasut )
- Melaksanakan aktiviti pengamatan pendengaran
Pengamatan jenis ini mempunyai enam
komponen, iaitu diskriminasi pendengaran, penerimaan pendengaran, perkaitan
pendengaran, ingatan pendengaran, melengkapklan pendenagran dan pencantuman
bunyi.
a)
Diskriminasi pendengaran
Tujuan aktiviti adalah melihat keupayaan
murid-murid untuk mengenali dan mengamati persamaan dan perbezaan bunyi atau
perkataan yang telah didengar. Untuk melaksanakan aktiviti ini, guru boleh
menggunakan pita rakaman dan kad gambar sebagai bahan bantu mengajar.
Contoh aktiviti diskriminasi yang sama
Guru memperdengarkan pita rakaman yang mengandungi
bunyi kucing jantan, kucing betina dan anak kucing.
Contoh
Arahan: Padankan bunyi kucing ini
Aktiviti diskriminasi
pendengaran yang sama
Contoh aktiviti diskriminasi yang berbeza
Guru meminta murid membunyikan haiwan yang
ditunjukkan pada kad gambar yang diberi
Contoh
Arahan: Bunyikan semua haiwan berikut
Aktiviti diskriminasi
pendengaran yang berbeza
b)
Penerimaan pendengaran
Aktiviti ini bertujuan melihat keupayaan
murid-murid, memperoleh atau mendapat makna daripada apa yang telah didenagar
atau secara lisan. Contoh aktiviti adalah meneka bunyi yang didengar secara
langsung dengan pandangan mata yang terhad atau mata ditutup. Aktiviti ini
memerlukan murid mendengar dengan teliti, fokus dan berfikir dalam tempoh masa
yang singkat sebelum membuat keputusan. Antara bunyi yang boleh diwujudkan
untuk tujuan ini adalah bunyi duit syiling jatuh ke lantai, bunyi ketukan meja,
ketukan tin dan botol.
c)
Perkaitan pendengaran
Aktiviti memberikan peluang kepada murid-murid
untuk mengaitkan beberapa konsep tertentu yang disampaikan secara lisan. Contoh
aktiviti ialah murid melakonkan watak emosi sedih dan gembira manakala
rakan-rakan mereka yang lain diminta menceritakan gambaran emosi yang
dilakonkan.
d)
Ingatan pendengaran
Aktiviti ini membolehkan murid-murid mengingati apa
jua yang telah didengar, kemudian mengulaginya. Contoh aktiviti ialah permainan
surat beratai di mana perlukan kerjasama setiap ahli kumpulan. Orang pertama
akan membaca mesej asal yang diberikan guru secara bertulis. Kemudian orang
yang pertama tadi akan menyampaikan mesej secara lisan kepada orang yang kedua,
manakla oranga yang kedua akan menyampaikannya kepada orang ketiga dan
begitulah seterusnya. Orang yang terakhir akan menulis semula mesej yang
diterima sebelum menyerahkan kepada guru. Tugas guru
menyemak dan membandingkan mesej yang diterima dengan mesej asal.
e)
Melengkapkan pendengaran
Juga dikenali sebagai ’Auditory Closure’ yang memberikan peluang kepada murid-murid
untuk mengenali dan menggunkan unit-unit biasa dalam pengalaman pendengaran
apabila sebahagian sahaja unit-unit itu didengar secara lisan. Contoh aktiviti
ialah melengkapkan pantun dua kerat, melengkapkan lirik lagu atau melengkapkan
dialog oleh watak-watak terkenal dalam drama Melayu.
f)
Percantuman bunyi atau perkataan
Aktiviti ini memerlukan murid mencantumkan
bunyi-bunyi yang didengar secara terasing, menjadi susunan perkataan atau
mencantumkan perkataan menjadi beberapa baris ayat yang lengkap. Antaranya
aktiviti bercerita spontan di mana juruacara akan menyebutkan perkataan di
awal, di tengah dan di akhir cerita. Untuk mengelakkan jalan cerita terpesong
jauh, tema cerita diberikan sebelum acara bermula. Contohnya ’Pada suatu malam
yang hening’ (ayat awal), ’terkejut apabila tiba-tiba seekor kerbau melintas
jalan’ (ayat tengah), dan ’rupa-rupanya aku bermimpi di siang hari’ (ayat
akhir).
- Melaksanakan aktiviti pergerakan tangan dan mata
Aktiviti
pergerakan tangan dan mata penting dalam pengamatan. Aktiviti ini bertujuan
membantu murid-murid menguasai kemahiran asas menggerakan tangan secara kemas,
berpandu dan bersistematik. Ada empat kemahiran yang ditekankan dalam
melaksanakan aktiviti yang melibatkan pergerakan tangan dan mata iaitu;
a) Melakukan latihan pergerakan tangan.
b)
Menguasai
gerak tangan secara bebas supaya boleh menulis dengan selesa.
c)
Melakukan
latihan pergerakan mata.
d)
Melakukan
latihan kordinasi tangan dan mata
Terdapat dua jenis aktiviti yang telah
dikenal pasti dan sesuai untuk tujuan ini,
iaitu menyambung titik dan aktiviti
menyalin corak.
a)
Menyambung titik
Aktiviti ini
dilaksanakan dengan meminta murid-murid melukis garisan dengan menggunakan pensel
warna antara titik-titik pada gambar mengikut urutan abjad yang disediakan.
Jika murid berjaya melukis garisan tersebut mengikut susunan yang betul, maka
hasilnya akan terbentuk satu gambar atau objek yang sempurna binaannya. Tetapi
jika murid gagal melaksanakannya, gambar atau objek tersebut akan cacat dan
tidak menarik.
Guru perlu
melaksanakan aktiviti ini secara berperingkat demi peringkat, iaitu dimulakan
dengan gambar yang mempunyai bilangan titik sedikit, kemudian gambar yang
mempunyai titik sederhana banyak hinggalah peringkat yang sukar dan rumit.
Melalui cara ini murid-murid berpeluang menikmati keseronokan serta cabaran
membuat aktiviti di samping mengalami aktiviti yang pelbagai aras kesukarannya.
Secara tidak langsung akan berlakulah latihan kordinasi tangan dan mata.
Contoh aktiviti
ditunjukkan dalam rajah berikut.
b)
Menyalin corak
Corak merupakan
susunan motif (idea rekaan) sama ada secara teratur,terancang atau secara
bebas. Terbahagi kepada dua jenis, iaitu corak terancang dan corak tidak
terancang. Motof corak pula terdiri
daripada motif flora, fauna, geometrical dan organik.
Aktiviti menyalin corak
ialah murid-murid meniru corak yang ditunjukkan oleh guru kepada mereka sama
ada secara pandang-lihat kemudian lukis atau secara berpandu, iaitu menggunkan
kaedah tekap dengan menggunakan kertas karbon atau kertas surih. Guru juga
perlu menjalankan aktiviti ini secara peringkat demi peringkat, iaitu dimulakan
dengan corak yang mudah kemudian diikuti corak yang sukar. Tujuan supaya murid-murid dapat melalui tahap
kesukaran yang pelbagai. Pada waktu yang sama guru perlu membimbing kerja murid
supaya proses menyalin corak berlaku dengan cermat dan kemas. Ini penting
supaya proses kordinasi tangan dan mata berlaku secara teratur dan
bersistematik.
Contoh aktiviti
ditunjukan dalam rajah berikut.
Menyalin corak yang mudah. Menyalin corak yang rumit
HALIMAHTUN SAADIAH BT MOHD
RADZI
PPG PSV AMBILAN FEBRUARI
2012
IPGKTB PULAU PINANG
Rujukan
1. Buku - Literasi Bahasa Melayu: Khairuddin Mohamad
2. Buku – Literasi Bahasa: Hj. Daud Md Saman
Muhaiyuddin Mohamed Azizi
3. ipgktarpengajiansosial.blogspot.com/2011/06aktiviti-pra-bacaan.html
No comments:
Post a Comment