LITERASI BAHASA:
WAJ 3104 (BAHASA
MELAYU)
PPG SEMESTER 02
KUMPULAN:
PSV AMBILAN FEB.2012
TOPIK 12:
BENGKEL PEMBELAJARAN SECARA INDIVIDU, BERPASANGAN DAN
BERKUMPULAN
PENGENALAN
Pengelolaan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
merupakan salah satu perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh setiap guru.
Ia bukanlah bermaksud mengurus yang melibatkan kelas, murid dan disiplin tetapi
lebih merupakan cara atau kaedah pengajaran bahasa itu dikendalikan. Pengelolaan
pengajaran bahasa ini boleh dilakukan secara individu,
berpasangan atau berkumpulan. Kadangkala ia boleh juga
dilakukan secara berkumpulan, secara kelas atau cara-cara lain mengikut
kesesuaian dengan yang terbaik.
PEMBELAJARAN SECARA INDIVIDU
Cara pembelajaran yang menumpukan perhatian terus kepada seseorang
pelajar/murid tertentu dengan bahan-bahan pengajaran yang telah dikhaskan.
Pengajaran ini sesuai kerana setiap murid berbeza dari
segi intelek,minat,kecekapan,daya cipta dan keboleh-kebolehan lain.
Pengajaran cara ini pada keseluruhannya bertujuan supaya
murid boleh belajar mengikut kemampuan sendiri.
Guru akan memberi perhatian yang teliti dan rapi kepada
murid berkenaan dan cuba
membantu untuk menyelesaikan masalah berkenaan.
Aktiviti pengajaran hendaklah terancang atau pukal
pembelajaran sendiri adalah amat penting.
PEMBELAJARAN SECARA BERPASANGAN
Satu strategi yang melibatkan dua orang murid merancang pengajaran
dan pembelajaran ,memerhati pengajaran rakan sebaya dan memberi maklum balas
tentang persediaan dan penyampaian pelajaran.
Dapat mewujudkan kerjasama dalam kalangan pasangan secara
formal.
Berfikir dan berbincang mengenai teknik pembelajaran dan pengajaran.
Pembelajaran berpasangan ini juga dapat mencetuskan
inovasi dan meningkatkan kreativiti murid berkenaan.
PEMBELAJARAN SECARA BERKUMPULAN
Pengajaran jenis ini memerlukan murid dibentuk dalam
kumpulan kecil, iaitu 3 hingga 5 orang satu kumpulan.
Ada dua (2) kumpulan akan
dibentuk,iaitu mengikut kebolehan dan mengikut pelbagai kebolehan murid;
Kumpulan mengikut kebolehan:
i)
Murid-murid
lebih kurang sama tahap kebolehan.
ii)
Pengumpulan
murid-murid ini mengikut kebolehan biasa digunakan dalam P&P kemahiran asas
seperti lisan,membaca dan menulis.
Kumpulan Mengikut Pelbagai Kebolehan:
i)
Kumpulan
ini dibuat setelah murid-murid dapatmenguasai kemahiran asas.
ii)
Murid-murid
yang cerdas diminta dapat membantu murid-murid yang lemah dan perkembangan
emosi dan sosial yang sihat dapat dibina melalui aktiviti-aktiviti seperti
lawatan, kerja projek,permainan,simulasi dansebagainya.
iii)
Murid-murid
juga berpeluang memainkan peranan dan mengembangkan bakat kepemimpinan mereka.
…by
MUHAMAD NAJIB B. AHMAD /PPG/ PSV AMBILAN FEB 2012.
No comments:
Post a Comment