Nama : Noor
Azura Elias
Tajuk
Tugasan : Aktiviti Penyerapan Pemulihan Membaca
dan Menulis Melalui Mata
Pelajaran Pendidikan Seni Visual.
-Mengeja
dan menyebut perkataan berdasarkan gambar yang
dilukis,kraf,kolaj
dan ukiran yang dihasilkan.
Pengenalan
Perasaan
cinta terhadap keindahan adalah salah satu sifat istimewa bagi setiap
kanak-kanak.Ianya akan berkembang mengikut fitrah semulajadi berdasarkan proses
tumbesaran mereka. Melalui perasaan inilah kanak-kanak akan dapat menghasilkan
kerja seni visual yang kreatif kerana ia sebagai penghubung atau sebagai alat
komunikasi yang amat berkesan..
Kanak-kanak
akan dapat memperkembangkan bakat atau potensi mereka dengan lebih kreatif lagi
Melalui Pendidikan Seni Visual ini. Ini kerana ianya menekankan aspek kognitif,psikomotor
dan afektif. Selain itu juga ianya dapat membentuk daya kreativiti mereka disamping memperkembangkan
psikologi serta menyuburkan lagi potensi diri.Selain itu,pendidikan Seni Visual
juga dapat mendidik kanak-kanak untuk menghargai bidang seni dan budaya.
Konsep
Konsep
yang ingin diterapkan dalam aktiviti penyerapan pemulihan menulis dan membaca
melalui pendidikan seni visual ialah dalam unsur peniruan seperti murid-murid
meniru reka bentuk abjad a hingga z atau perkataan mudah ( dua sukukata ) dan
kemudiannya dihias dengan menggunakan pelbagai teknik seperti catan,kolaj,mozek
dan sebagainya. Selain itu,penggunaan kaedah formalistik seperti penguasaan
murid-murid dalam unsur-unsur seni mudah seperti membuat garisan,mewarna,melukis bentuk dan rupa.
Melalui melukis garisan lurus,bengkok dan putus-putus,murid-murid mampu
mengaplikasi latihan ini untuk memperbaiki tulisan mereka supaya menjadi kemas.
Dalam mewarna,murid-murid mampu belajar tentang warna asas,sekunder dan
tertier.
Melalui
aktiviti ini murid-murid akan mampu berfikir secara kritis dan kreatif untuk
menghasilkan bahan- bahan yang menarik kerana penglibatan mereka yang maksimum
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Murid-murid juga akan dapat
mengekpresi diri sendiri melalui beberapa bentuk penghasilan seni
yangmelambangkan perasaan sedih,marah,gembira,simpati dan sebagainya.Oleh
yang demikian ternyata bahawa pendidikan seni visual juga memainkan peranan
yang penting dalam aktiviti penyerapan pemulihan menulis dan membaca kerana
dengan pendekatan penciptaan bahan pembelajaran yang kreatif dalam pelbagai
bentuk dan saiz serta berwarna warni oleh murid-murid itu sendiri.
Kepentingan
Pendidikan Seni Visual Dalam Aktiviti Penyerapan Pemulihan Menulis Dan Membaca
Pendidikan Seni Visual sememangnya
mempunyai nilai estetika yang ditonjolkan tanpa disedari. Pendidikan Seni
Visual adalah merupakan suatu bentuk hasil seni yang Nampak atau nyata. Ia juga
mempunyai hubungan dengan budaya pembelajaran kanak-kanak seperti ;
a. Memberi peluang kepada
murid-murid mengekspresikan diri melalui seni
b. Sebagai satu corong bahasa seni
untuk kebebasan bersuara atau meluahkanperasaan
c. Salah satu elemen untuk
mengembangkan potensi diri kanak-kanak
d. Sebagai satu formula yang mengadunkan
pemikiran kanak-kanak dengan guru dalam satu kumpulan yang bekerjasama dan
harmoni
e. Sebagai panduan dan peringatan
kepada guru tentang perbezaan keupayaanseseorang kanak-kanak itu
Jelas sekali bahawa segala aktiviti
penyerapan pemulihan yang melibatkan senivisual adalah salah satu cabang
penting dalam membantu murid-murid untuk mengembangkan
potensi diri serta minat terhadap pembelajaran
sepanjang hayatnya.
Merancang Aktiviti
Untuk mewujudkan sesi pengajaran
dan pembelajaran yang menarik dan berkesan,
kita harus merancang aktiviti
yang pelbagai dan kreatif. AktivitiPendidikan
Seni Visual yang telah dikenal pasti dan sesuai digunakan dalam aktiviti Literasi
Bahasa Melayu ada lima jenis iaitu:
a) Kolaj
b) Mozek
c) Anyaman
d) Ukiran
e) Mewarna
Dengan adanya aktiviti berkenaan, kita dapat menghasilkan
bahan bantu mengajar yang istimewa kerana imejnya
timbul atau
tiga dimensi. Murid dapat melihat
bentuk tiga dimensi dan merasa sendiri menggunakan jari dan tapak dengan bentuk
asas menjadi binaan utama huruf atau perkataan.
a) Kolaj
Salah satu teknik tertua yang menggunakan teknik tampalan
untuk menghasilkan pelbagai karya lukisan
gambar atau rekaan. Bahan tampalan boleh
disusun, ditindih atau diatur pada permukaan kertas mengikut komposisi tema
atau tajuk yang diperlukan.
Terdapat empat
jenis kolaj yang sesuai
iaitu Kolaj kertas, bahan jahitan, bijirin dan bahan terbuang
i. Kolaj kertas
Diperbuat menggunakan kertas warna yang digunting secara
bebas atau menggunakan teknik tekanan pada mata pen dan pensel atau menggunakan
alat penebuk kertas.
ii) Kolaj bahan
jahitan
Kolaj ini menggunakan perca kain, manik, butang baju,
kapas dan kekabu sebagai bahan utamanya. Cara membuatnya sama, iaitumenyusun
bahan menerusi guntingan perca kain atau menyusun manik atau butang baju pada
huruf yang dipilih
iii) Kolaj bijirin
Jenis ini menggunakan bahan bijirin yang disusun dan
dilekat menggunakan gam berkualiti pada kad board
tebal. Bijirin yang biasa digunakan ialah beras
pulut, beras bali, kacang hijau, jagung dan biji saga.
iv) Kolaj bahan
terbuang.
Bahan terbuang yang biasa digunakan ialah penutup botol,
batang aiskrim, lidi sate tali, plastik
sampah dan sebagainya. Bahan ini disusun
dan dilekat menggunakan gam serta
dibalut menggunakan plastik lut sinar supaya
tahan lama.
b) Mozek
Merupakan susunan bahan yang
ditampal secara sebelah menyebelah dan tidak bertindih-tindih. Cara menyusun
mozek iaitu tidak bersentuhan antara satu sama lain, sedangkan binaan kolaj
bersentuhan serta bertindih. Ada tiga jenis mozek yang sesuai digunakan
iaitu mozek kertas, mozek kain dan mozek kulit kayu.
i) Mozek kertas
Mozek ini dibuat daripada susunan
kertas warna atau gambar foto yang diperoleh daripada majalah atau suratkhabar
lama. Kertas warna atau gambar perlu digunting secara seragam dari segi bentuk
dan saiznya seperti segi empat sama, segi empat tepat, segi tiga atau bulatan
yang kemudian disusun tanpa bertindih. Cara susunan bentuk segi empat tepat
terbahagi kepada dua, iaitu susunan biasa dan susunan batu bata. Cara kedua
ialah susunan berpusat yang terhasil daripada susunan kertas ditebuk
menggunakan alat penebuk lubang yang disusun tanpa bertindan antara satu sama
lain. Susun dan hias kertas warna, sama ada berkonsepkan ton warna atau biasa.
ii) Mozek kain
Menggunakan sisa guntingan kain
(perca kain). Kain pelbagai warna dan corak perlu digunting secara bebas atau
seragam sebelum disusun mengikut bentuk huruf. Buat lakaran huruf pada kertas
keras atau kadbod sebelum kerja-kerja menampal cebisan kain dilakukan dengan
cermat. Pastikan plastic lutsinar digunakan sebagai pembalut.
iii) Mozek kulit kayu, kulit telur
dan kulit kerang
Cara membuat mozek ini sama dengan
cara membina jenis mozek sebelum ini. Bezanya bahan utama yang digunakan iaitu
kulit batang pokok yang mati, kulit telur dan kulit kerang. Bahan ni disusun
ikut bentuk huruf menggunakan gam berkualiti dan balutkan dengan pastik lut
sinar.
c) Anyaman
Satu proses di mana daun atau kertas
dianyam secara selang-seli, turun naik dan ke atas dan ke bawah. Tikar dianyam
dengan pelbagai corak dan teknik mewarna menarik dari daun pokok mengkuang
sebagai alat mengalas tempat duduk, bahan hiasan dan cenderamata. Untuk
menghasilkan reka bentuk dan corak yang menarik, anyaman boleh menggunakan dua
atau tiga warna.
Corak anyaman yang mudah dibina
adalah kelarai ‘siku kelalang’
Ada tiga jenis anyaman iaitu
anyaman kertas warna, reben dan daun mengkuang.
Jenis anyaman:
i) Anyaman kertas
Kertas warna atau gambar foto dari
majalah warna-warni dipotong dalam bentuk lembaran yang berukuran 1 cm x 30 cm
supaya mudah dianyam. Dua bentuk boleh digunakan iaitu teknik tampalan dan
teknik tebukan. Teknik tampalan, kita perlu buat anyaman dahulu dengan lebaran
menyamai kertas bersaiz A4 sebelum gunting menggunakan saiz huruf yang dikehendaki.
Tampal huruf pada kadbod dan balut dengan plastic. Teknik tebukan pula, guna
pisau untuk menebuk garisan lakaran mengikut bentuk huruf. Anyam lembaran
kertas warna
berselang-seli pada kertas yang
ditebuk. Tampal pada kadbod dan balut dengan plastik.
ii) Anyaman reben
Reben plastik atau reben kain
berukuran 1 cm boleh digunakan.Sediakan dua warna reben yang berbeza warna.
Anyam berselang-seli membentuk tikar kecil dengan menggunakan gam. Gunting
hasilanyaman mengikut bentuk huruf dan dilekat pada kadbod putih.
Untukkekemasan dan tahan lama, balut hasil tugasan menggunakan plasticlut
sinar.
iii) Anyaman daun mengkuang
Sediakan dua helai daun mengkuang
yang berbeza dan anyamberselang-seli membentuk tikar kecil. Gam dengan kemas,
kemudian gunting mengikut bentuk huruf sebelum dilekat pada kadbod.Untuk
mengelakkan hasil anyaman, mozek dan kolaj kelihatn kurangkemas selepas
digunting, kita boleh gunakan teknik kedua iaitu tebuk huruf menggunakan pisau
NT-Cutter yang tajam. Tindih ke atas hasil anyaman, mozek dan kolaj tadi,
kemudian gam dengan kemas.
d) Ukiran
Merupakan hasil seni rupa tradisi
Melayu terulung. Sejarah seni ukir banyak terdapat dalam catatan sejarah iaitu
dalam Sejarah Melayu. Seni ukir Melayu tradisi wujud sejak lebih 500 tahun
dahulu. Seni ukiran pada bangunan seperti istana dan rumah kediaman
memperlihatkan betapa indah danuniknya ukiran berkenaan. Kekayaan seni ukiran
kayu orang Melayu ketara pada binaan rumah tradisional terutama di Kelantan,
Melaka dan NegeriSembilan. Ukiran kayu merupakan seni ukiran tertua di dunia.
Peralatan yang digunakan untuk seni ukiran kayu adalah gergaji, ketam, tukul
besi dan paling penting pahat. Motif ukiran terbahagi kepada beberapa jenis
iaitu:
Motif makhluk halus, contoh ayam,
badak dan itik
Motif angkasa, menerap gambaran awan
larat seperti bintang,matahari, bulan dan bukit bukau.
Motif geometri, bentuk bulatan dan
bentuk segi tiga disusun berderet,atau dicantum dengan salur-salur tumbuhan.
Motif ini biasa terdapat pada alat-alat tembikar, sarung keris, tepuk sirih dan
barangantembaga.
Motif seni khat atau kaligraf,
menggunakan huruf Arab, terutama petikan al-Quran dan tulisan Jawi.Terdapat dua
jenis bahan boleh digunakan untuk ukuran asas huruf, sukukata atau perkataan
iaitu menggunakan sabun mandi dan blok kayu lembut. Alat-alat mengukir mudah
boleh dibeli di kedai alat tulis.
Jenis Ukiran mudah
i) Ukiran Sabun
Sabun mandi yang pelbagai jenama dan
haruman, amat sesuai digunakan untuk aktiviti mengukir kerana sifatnya lembut,
padatdan berbau wangi. Caranya, sediakan seketul sabun mandi, set peralatan
asas mengukir, pisau N-T Cutter dan beberapa helai surat khabar lama. Belah
sabun berhati-hati, kemudian buat lakaran huruf. Kedua-dua bahagian sabun boleh
digunakan untuk membuat huruf besar dan huruf kecil. Pamer hasil ukiran
sabunmenggunakan kotak berpenutup lutsinar.
ii) Ukiran blok kayu
Buat lakaran huruf atas blok kayu
lembut menggunakan pensel,kemudian ukirlah perlahan dan cermat menggunakan
peralatan asas mengukir.
e) Aktiviti Mewarna
Proses menjadikan sesuatu benda
berwarna-warni dengan menggunakan bahan pewarna yang disapu ke atas permukaan
menggunakan komponen alat dan media seperti warna air, warna krayon, warna
pensel, pensel 2B dan sebagainya. Teknik mewarna ada dua iaitu ton di mana ada
unsur gelap kecerah, dan kedua mewarna tanpa ton.
Jenis aktiviti mewarna
i) Membina huruf tanpa ton warna
Huruf tidak dicat secara terang
gelap. Caranya mudah, tidak perlu penelitian serius dan boleh mengguna salah
satu media iaitu warna pensel, krayon atau warna air. Pastikan warna diguna
untuk latar bertentangan dengan warna huruf supaya kad imbasan tidak mengelirukan
dan boleh dilihat pada jarak jauh.
ii) Membina huruf dengan ton warna
Gabungkan sekurang-kurangnya dua
warna berbeza, iaitu cerah dan gelap. Contohnya penggunaan warna biru dengan
warna putih yang akan menghasilkan pergerakan warna putih–biru muda –biru
tua.
Pemilihan warna merah dan kuning,
hasilkan warna kuning–jingga–merah. Berhati-hati semasa memilih warna latar dan
sebaik-baiknya pilih warna putih atau warna kuning.
Rumusan
Penyerapan
mata pelajaran Pendidikan Seni Visual merupakan salah satu kaedah menyerapkan
mata pelajaran lain ke dalam Literasi Bahasa Melayu. Ini selaras dengan usaha
memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (KPM 2010) yang menggalakkan
strategi pengajaran dan pembelajaran dalam berapa mata pelajaran menekankan
konsep 5P iaitu penggabungjalinan,penyerapan, pengayaan, pemulihan dan
penilaian.
Proses
pengajaran Literasi Bahasa Melayu tidak dilaksanakan secara terpisah tetapi
menekankan kepada tiga jenis penyerapan matapelajaran iaitu Pendidikan Seni
Visual, Pendidikan Muzik danPendidikan Jasmani dan Kesihatan. Ini bertujuan
supaya murid seronok, ceria, gembira, tidak stress, tidak membosankan danbmenggalakkan
penglibatan murid. Penyerapan mata pelajaran ini boleh menjadikan pengajaran
lebih dinamik, bervariasi dan penguasaan pelbagai ilmu.
Penyerapan
Pendidikan Seni Visual dalam Literasi BahasaMelayu dapat menggalakkan murid
menghasilkan tugasan dengan prinsip rekaan yang harmoni, imbangan, kontra dan
kepelbagaiankombinasi. Ada empat elemen kreatif yang ditekankan iaitu bahan mesti
berguna kepada murid, penglibatan maksimum, kreatif dan kritis serta penggunaan
maksimum. Aktiviti pilihan ialah kolaj,mozek, anyaman, ukiran dan
mewarna.Penyerapan Pendidikan Seni Visual dalam Literasi Bahasa Melayu memang
sesuai bagi menjadikan pengajaran-pembelajaran
No comments:
Post a Comment